Sebab itulah bila mengenangkan pengorbanan mereka terhadap kami,aku menjadi begitu sebak.Jika dilihat dari apa yang mereka lakukan, rasanya tidak terbalas walaupun segunung intan permata di longgokkan. Hanya satu tersemat dihati, pesan emak jaga tingkah laku walaupun di mana aku berada. Maruah keluarga sentiasa tergalas di bahu walau kemana aku melangkah...
Sungguh disaat dunia penuh dengan pelbagai kisah-kisah yang adakalanya aku sendiri takut untuk berfikir jauh tentang sikap anak-anak yang semakin hari semakin biadap dengan ibu bapa. Aku sentiasa berdoa kepada Allah SWT, supaya dijauhkan semua perkara-perkara tidak baik itu dijauhkan dari hidup kami. Tambah pula anak-anak aku semakin membesar kini. Banyak lagi dugaan dan cabaran yang akan datang untuk mereka tempuhi. Mudah-mudahan mereka tiga beradik Auni Batrisya Binti Mohd Zaihan, Auni Saffieya Binti Mohd Zaihan dan Amzar Aishieman Bin Mohd Zaihan menjadi anak-anak yang Soleh dan Solehah untuk ibu dan ayah.
Begitu juga yang aku harapkan dari adik-adiku yang lain, Azfarizal Bin Aziz, Azfarawaheda Binti Aziz dan Azfarashuhada binti Aziz. Perjalanan hidup kita masih panjang. Ingatlah, setiap pengorbanan emak dan abah pada kita empat beradik perlu dibalas. Mamang, mereka tidak minta untuk dibalas, tapi sebagai anak itu adalah tanggungjawab kita untuk mereka. Bukan dengan wang ringgit yang mereka harapkan, tetapi cukuplah dengan membalas kasih sayang mereka dengan memberi kebahagian kepada mereka di dunia dan akhirat. Dengan begitu insyaallah, dengan doa anak yang soleh akan memberi jaminan kepada mereka kekal bersama di SYURGA....ingatlah adik-adiku kita bukan dari keluarga yang senang, apatah lagi berharta, jadi dengan memeberi mereka sedikit kegembiraan selagi hayat mereka masih ada, itu sudah cukup membahagiakan mereka.
Akhir kata, semoga emak dan abah kami doakan sihat, dimurahkan rezeki dan diberkati umur oleh Yang maha Esa. Kami sayangkan emak dan abah. Semoga KEBAHAGIAAN INI MENJADI MILIK ABADI KITA SEKELUARGA...
KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA,
KASIHNYA AYAH BERKORBAN RAGA....
No comments:
Post a Comment